Arsenal kini berada di kedudukan keenam dipisahkan 13 mata dengan Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat. The Gunners kini mengumpul 54 mata.

Selepas ini, Arsenal hanya mempunyai empat baki perlawanan pada musim ini dan mereka dijadual menentang West Ham pada 22 April kemudian Manchester United (29 April), Burnley (6 Mei) dan Huddersfield (13 Mei).

Itu bermakna Arsenal sudah boleh memberi tumpuan mereka lebih kepada saingan Liga Europa apabila bakal berdepan Atletico Madrid di peringkat separuh kejohanan pada 27 April ini sebelum aksi timbal balik pada 4 Mei.

Dalam aksi tersebut, The Gunners terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit ke-14 menerusi jaringan Alexandre Lacazette namun kelebihan itu tidak kekal lama setelah Ayoze Perez menyamakan kedudukan selang 15 minit kemudian sebelum Matt Richie meledak gol kemenangan pada minit ke-68. - AGENSI