Jelasnya, calon itu akan ditemuduga oleh Pengerusi MFL, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ahli lembaga pengarah yang lain dan kemungkinan besar individu berkenaan akan memulakan tugas pada Jun nanti

“Pengurus besar PFOM sudah dikenal pasti dan akan sampai awal April nanti untuk sesi temuduga bersama Tunku Ismail dan ahli lembaga pengarah yang lain jika semua ok kita berharap dia boleh memulakan kerja pada 1 Jun nanti.

“Langkah ini merupakan permulaan. Calon yang datang adalah daripada UK (United Kingdom) dan EPL. (mempunyai pengalaman di Liga Perdana Inggeris),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE