MFL dalam satu kenyataan memberitahu, pihak mereka sudah mengambil inisiatif untuk menggantikan semula trofi yang diberikan dengan yang lebih sesuai mengikut standard yang ditetapkan.

“Trofi berkenaan tidak memenuhi standard yang diharapkan (Pengerusi MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ia tidak layak diberikan kepada pemain yang memberikan aksi terbaik sepanjang musim ini.

“MFL sudah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan itu dan dia cuba menutup perkara itu tanpa memberikan sebarang maklumat kepada pihak pengurusan.

“MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini,” kata kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE