Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mexico menang dalam aksi goyah

SAN ATONIO, Amerika Syarikat 17 Julai – Walaupun gagal me­nunjukkan permainan terbaik, Mexico masih mampu menutup kempen Kumpulan C selaku juara selepas mengalahkan Curacao 2-0 dalam perlawanan Piala Emas CONCACAF hari ini.

Beraksi tanpa ramai bintang selain ketua jurulatih, Juan Carlos Osorio yang digantung, skuad El Tri mempamer keazaman untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan Piala Emas.

Angel Sepulveda menjaringkan gol menerusi tandukan pada babak pertama dan Edson Alvarez meledak jaringan pada lewat permainan di Alamodome, San Antonio, sekali gus memastikan Mexico terus di landasan untuk memburu gelaran keempat dalam tempoh lima tahun.

Mexico kini akan menentang Honduras pada suku akhir di Glendale, Arizona, Khamis ini, manakala dua lagi slot suku akhir dari Kumpulan C menjadi milik Jamaica dan El Salvador yang terikat 1-1 dalam aksi terakhir mereka, hari ini.

“Saya sangat teruja dapat bermain hari ini. Saya tidak beraksi dalam dua perlawanan pertama, jadi saya gembira berjaya membantu pasukan memenangi perlawanan ini,” kata pertahanan Me­xico, Raul Lopez, yang mencipta gerakan untuk gol kedua.

Mexico bagaimanapun tidak diberi laluan mudah oleh Curacao, yang hanya membuat penampilan sulung dalam Piala Emas.

“Saya beritahu pemain bahawa kami berhak berada di sini. Kami telah meletakkan Curacao dalam peta antarabangsa,” kata jurulatih Curacao, Remko Bicentini.

Penjaga gol Mexico, Jose Corona wajar diberi pujian kerana memulakan aksi dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Curacao, yang menamatkan penyertaan tanpa sebarang mata.

Mexico melakukan rombakan dalam skuad yang sebelum ini sekadar seri 0-0 dengan Jamaica apabila Orbelin Pineda muncul satu-satunya pemain dalam ke­sebelasan utama yang dikekalkan. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain