Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mexico bangkit daripada ketinggalan

ANTHONY HUDSON - REUTERS
ANTHONY HUDSON - REUTERS

RUSIA 22 Jun - Mexico berjaya meledak dua gol untuk bangkit daripada ketinggalan menewaskan New Zealand 2-1 sekali gus meranapkan impian skuad All Whites memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Konfederasi selepas melakukan 11 kali percubaan.

New Zealand tidak pernah memenangi mana-mana perlawanan sepanjang beraksi dalam tiga Piala Konfederasi sejak 1999 biarpun mereka bermain dengan baik pada babak pertama dan mendahului lawan 1-0 menerusi jaringan Chris Wood tiga minit sebelum rehat.

Bagaimanapun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Raul Jimenez menyamakan kedudukan selang sembilan minit kemudian pada babak kedua. Skuad kendalian Juan Carlos Osorio itu mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan Oribe Peralta pada minit ke-72.

“Tidak banyak yang dapat dilakukan, namun sangat hampir. Jika kami lebih klinikal di depan gol mungkin kami boleh dapat mata. Secara keseluruhannya saya amat berbangga dan pada masa sama saya kecewa. Pemain sepatutnya dapat yang lebih baik,” kata jurulatih New Zealand, Anthony Hudson.

Mexico berada di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata meninggalkan Portugal di tempat kedua yang turut berkongsi empat mata namun dipisahkan dengan perbezaan gol. Pasukan tuan rumah, Rusia di tempat ketiga dengan tiga mata manakala New Zealand di tangga tercorot tanpa sebarang mata. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain