LIONEL Messi meraikan kejayaan menjaringkan gol keduanya ketika menumpaskan Valencia 4-2 dalam aksi La Liga. - REUTERS

Messi menjadikan kedudukan 2-1 sebelum rehat hasil jaringan penalti selepas Eliaquim Mangala mengasari penyerang Barca, Luis Suarez sekali gus menyebabkan pertahanan Valencia itu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Itu merupakan jaringan ke-25 Messi dalam aksi La Liga pada musim ini.

Selain itu juga, dia meledak 11 gol dalam kempen Liga Juara-Juara, empat gol dalam kempen Piala Raja dan satu jaringan dalam Piala Super Sepanyol menjadikan jumlah keseluruhan 41 gol.

Kali pertama Messi meledak 40 gol dalam satu kempen adalah pada musim 2010 dan mengulangi kejayaan tersebut dalam musim seterusnya.

“Sungguh menakjubkan, dia memecahkan setiap rekod dan akan melakukannya lagi. Cukup menakjubkan untuk melihat kejayaan Messi, tiada sesiapa dapat melakukannya dan mustahil untuk sesiapa memecahkan rekodnya. Kami pasti akan merinduinya apabila dia sudah tiada nanti,” kata Enrique.

Messi membuat penampilannya bersama Barca pada 2004 dan muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman pada 2012 ketika menentang Granada menewaskan legenda Sepanyol, Cesar Rodriguez dan pada 2014 dia muncul pemain terbanyak melakukan hatrik dalam La Liga sewaktu bertemu Sevilla mengatasi rekod Telmo Zarra. - REUTERS