Kemenangan Barcelona itu juga membolehkan kelab berkenaan semakin hampir untuk melangkah ke saingan kalah mati dan lebih membanggakan tiga mata penuh perlawanan diraih ketika beraksi dengan 10 pemain sewaktu separuh masa kedua.

Dalam perlawanan tersebut, gol ke-100 Messi hadir ketika minit ke-61 hasil sepakan percuma malah itu juga adalah jaringan dia yang ke-97 dalam aksi Liga Juara-Juara manakala baki tiga lagi ketika saingan Piala Super UEFA.

“Saya berharap dia mampu menjaringkan 200 gol dalam musim ini.

“Dia adalah pemain yang amat berbakat selain sentiasa mempamerkan aksi konsisten,” kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. - REUTERS