Namun, bekas bintang bola sepak Perancis itu percaya Messi harus memenangi piala terbesar dalam bola sepak untuk menyaingi kehebatan Pele dan Diego Maradona, iaitu nama yang kerap disebut sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

“Messi sentiasa menjadi pemain terhebat sama ada dia menang Piala Dunia atau tidak, tetapi Piala Dunia adalah sesuatu yang istimewa.

“Piala Dunia akan kekal dalam ingatan semua orang,” kata Platini.

Kegagalan Messi pada peringkat antarabangsa merupakan misteri yang tidak mampu diselesaikan.

Argentina melalui pengalaman beberapa kali tersingkir pada peringkat suku akhir pada kejohanan Piala Dunia dan Copa America ketika era Messi.

Dia juga gagal meledak sebarang gol untuk skuad Albiceleste dalam mana-mana kejohanan sejak dua tahun lalu.

Platini membandingkan Messi dengan Maradona, seorang lagi ikon Argentina yang menggunakan sentuhan pintar untuk memenangi Piala Dunia 1986.

“Apabila anda melihat Maradona, anda akan melihat apa yang dia lakukan pada 1986,” kata Platini.

Platini berpendapat Maradona lebih diingati kerana pencapaiannya pada Piala Dunia berbanding kejayaan yang tidak kurang hebatnya di Napoli, di mana dia mengemudi kelab itu memenangi dua kali kejuaraan Serie A.

“Pada tahap Piala Dunia, dia sangat hebat. Menjaringkan gol pada Piala Dunia adalah perkara yang mustahak,” katanya. – AGENSI