Mahkamah mengesahkan pemain antarabangsa Argentina itu dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan kerana menipu pihak berkuasa sebanyak 4.1 juta euro (RM19.65 juta) dari 2007 hingga 2009.

Dia bagaimanapun mungkin tidak perlu ke penjara kerana hukuman di bawah dua tahun atas kesalahan pertama di Sepanyol biasanya membolehkan pesalah memilih untuk membayar denda.

Mahkamah mengekalkan denda 2 juta euro (RM9.58 juta) yang dikenakan terhadap Messi dalam perbicaraan, tahun lalu.

Bapa Messi, Jorge Horacio Messi turut didapati bersalah atas kesalahan menipu cukai, namun mahkamah mengurangkan hukuman daripada 21 bulan kepada 15 bulan kerana dia memberi kerjasama dengan memulakan sebahagian daripada wang kepada pihak berkuasa. Dia juga dijangka tidak akan dipenjara. - AGENSI