LIONEL MESSI - AFP

Kemenangan itu bermakna Argentina layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia selepas menamatkan kempen kelayakan di tangga ketiga. Tiga lagi pasukan yang layak adalah Brazil, Uruguay dan Colombia manakala Peru perlu beraksi di pusingan play-off.

Argentina yang sebelum ini berdepan masalah prestasi malah penampilan mereka di Piala Dunia 2018 menjadi tanda tanya dan kini skuad kendalian Jorge Sampaoli boleh menarik nafas lega.

Skuad kendalian Jorge Celico terlebih dahulu mengejutkan Argentina menerusi jaringan Romario Ibarra pada minit pertama permainan bagaimanapun selang 10 minit kemudian Messi menyamakan kedudukan sebelum mengukuhkan kedudukan pada minit ke-18 dan minit ke-62. - AGENSI