Sumber tersebut, yang mengesahkan laporan media Argentina berhubung situasi Messi semalam berkata, penyerang Barcelona itu bukan sahaja akan terlepas aksi menentang Guatemala dan Colombia, malah mungkin akan lebih.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini tetapi buat masa sekarang (Messi) memberitahu kakitangan kejurulatihan bahawa dia tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad seterusnya,” kata sumber itu.

Sumber tersebut turut memberitahu, Messi masih bersedih dengan prestasi buruk Argentina ketika di Piala Dunia, di mana mereka tersingkir di peringkat 16 terakhir kepada juara kejohanan berkenaan, Perancis. - REUTERS