Penggempur Belgium berusia 24 tahun itu melakar rekod jaringan di Everton dengan 68 gol memberitahu ESPN, walaupun bekas kelabnya Chelsea menawarkan yuran perpindahan lumayan, tetapi beliau memilih United.

Lukaku bagaimanapun tidak mengulas tentang kenyataan Pengurus Chelsea, Antonio Conte yang kecewa dengan keputusan pemain itu dan berasa seolah-olah telah dikhianati kerana beliau telah berbincang soal perpindahan sejak akhir musim lalu.

"Inilah (Manchester United) kelab yang dahagakan gelaran liga, kembali dominan di peringkat dunia,” kata Lukaku kepada ESPN.

"Saya memang mengimpikan perkara ini sejak kecil lagi, jadi apabila mereka menghubungi saya, tanpa berfikir berkali-kali terus saya membuat keputusan,” katanya.

Lukaku, dijual oleh Jose Mourinho kepada Everton pada 2014 semasa beliau menjadi Pengurus Chelsea dan kini memilih pemain berkenaan untuk melengkapkan barisan serangannya selepas menyaksikan prestasi yang memberangsangkan penyerang yang sangat berwibawa itu. - AFP