Kalah 1-2 di Jinan pada 9 April lalu tidak mematahkan semangat Harimau Selatan untuk merubah keputusan perlawanan apabila berdepan wakil China, Shandong Luneng sekali lagi dalam aksi Kumpulan E di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Meskipun kalah, JDT berjaya memberi saingan sengit kepada Luneng dalam pertemuan pertama, dan bersedia memberi masalah kepada kelab yang diwakili pemain antarabangsa Itali, Graziano Pelle dan bekas bintang Manchester United, Maroune Fellaini itu sekali lagi.

Selepas tiga perlawanan, JDT yang membuat kemunculan sulunh dalam ACL menghuni tangga tercorot liga dengan satu mata, hasil keputusan seri 1-1 menentang kelab Korea Selatan, Gyeongnam FC, bulan lalu.

Anak-anak buah Benjamin Mora masih berpeluang menempah tiket peringkat kalah mati jika memenangi baki tiga saingan Kumpulan E. - UTUSAN ONLINE