Ireland Utara menerima kejutan setelah tendangan voli penyerang Switzerland Xherdan Shaqiri menyinggah belakang Corry Evans ketika menghalang bola tersebut menerjah ke gawang gol di dalam kotak penalti.

Pengadil dari Romania, Ovidiu Hategan bagaimanapun mendakwa bola tersebut terkena tangan Evans, membolehkan Switzerland dihadiahkan sepakan penalti sebelum Rodriguez menyempurnakannya pada minit ke-58.

“Saya terkejut dengan keputusan pengadil, yang turut melayangkan kad kuning kepada Corry. Ia sangat jelas dalam perlawanan ini.

“Pengadil hanya nampak satu pandangan lurus. Tangan Corry tidak terkena bola, mungkin pengadil merasakan ia kena sebab nampak menerusi satu sudut.

“Bola terkena belakang badan. Saya fikir pengadil meniup wisel kerana kesalahan atau offsaid,” kata pengurus Ireland, Michael O'Neill.- REUTERS