BADDROL BAKHTIAR tidak gentar berdepan Myanmar walaupun mereka akan bermain di hadapan ribuan penyok
BADDROL BAKHTIAR tidak gentar berdepan Myanmar walaupun mereka akan bermain di hadapan ribuan penyok

Harimau Malaysia wajib menang dalam aksi terakhir Kumpulan B menentang tuan rumah, Myanmar di Stadium Thuwunna esok atau gagal melayakkan diri ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2008.

Malaysia dan Myanmar ber­kongsi tiga mata, namun tuan rumah memegang kelebihan satu gol dan mereka masih boleh mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri untuk ke separuh akhir.

Situasi tersebut sama se­perti Piala AFF 2014, yang mana pasukan negara memerlukan kemenangan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang tuan rumah untuk meneruskan kemaraan dan mereka berjaya melakukannya dengan menumpaskan Singapura.

“Sudah tentu kami akan bermain habis-habisan. Walaupun bertemu Myanmar di depan ribuan penyokong tuan rumah saya fikir itu tidak menjadi masalah.

“Saya yakin kami mampu memberi kejutan seperti sebelum ini. Perlawanan menentang Vietnam benar-benar memberi pengajaran, namun tidak me­ngapa kerana kami akan meneruskan perjuangan menentang Myanmar nanti.

“Semua pasukan mahu layak ke separuh akhir begitu juga kami tetapi seperti yang kita sedia maklum, setiap kali bertan­ding sama ada dalam Sukan SEA atau Piala AFF kami sering melalui jalan getir.

“Kami mengharapkan keajaiban berlaku sekali lagi dan pasu­kan negara layak ke separuh akhir,” kata Baddrol. – UTUSAN