Nokman berkata sebagai pentadbir Liga Malaysia (Liga M), MFL perlu mempertimbangkan keputusan sebelum memberi hukuman terutamanya melibatkan sekatan perpindahan pemain memandangkan ia boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada pasukan terbabit.

"Mengikut hukuman kami terpaksa menerima dan kami akan memohon MFL untuk membuat pertimbangan. Kami lewat daftar sebab lewat bayar gaji pemain.

"Mengenai sekatan perpindahan pemain, kami tidak setuju sebab itu penting untuk pasukan. Buat apa kami simpan pemain kalau dia cedera, lebih baik tukar. Tetapi kalau MFL buat hukuman macam itu, memang menyusahkan dan boleh merosakkan pasukan. Harap MFL dapat buat pertimbangan

"Kami tidak sanggup nak menanggung pemain yang ada terutamanya import kerana ada yang perlu dikeluarkan untuk digantikan dengan lebih murah. Kami juga tidak mampu nak bayar gaji pemain yang mahal. Kami akan mengemukakan rayuan dan meminta supaya MFL mempertimbangkan semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan MFL mengambil tindakan untuk memotong sebanyak 50 peratus daripada jumlah geran tahunan musim ini di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendafataran pasukan pada 31 Disember lalu.

Pasukan tersebut adalah Pasukan berkenaan adalah Kuala Lumpur, Felda United, Melaka United yang beraksi dalam Liga Super dan Kelantan, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang pada Liga Perdana.

Bagaimanapun lima daripada tujuh pasukan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula 2 Mei ini kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.