Anuar, 48, juga merupakan Ketua Jurulatih Akademi Soccerkids MBSA.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, diharapkan dengan tabung tersebut dapat membantu serta meringankan beban keluarga Anuar dalam menampung kos rawatan.

“Anuar telah banyak membantu serta membawa pasukan Soccerkids MBSA memenangi pelbagai kejohanan.

“Anuar bukan sebarangan pemain dalam lipatan sejarah bola sepak negara kerana beliau merupakan seorang bekas penyerang kebangsaan dan pernah menyarung jersi Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Sumbangan untuk Tabung Legenda Abu Bakar boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 114348093007 atas nama Siti Mariam Sathawee. - UTUSAN ONLINE