Sejak PSG diambil alih oleh pelabur Qatar yang kaya-raya pada 2011, kelab gergasi Perancis itu sering me­ngalami kekecewaan terutama dalam kempen Liga Juara-juara.

Jurulatihnya, Unai Eme­ry kini berharap kehadiran Mbappe dapat membantu pasukannya menjadi antara pencabar terhebat di pentas Eropah selepas PSG gagal melepasi suku akhir Liga Juara-juara sejak Qatar Sports Invesment (QSI) mengambil alih kelab itu enam tahun lalu.

Mbappe akan bergandi­ngan dengan Neymar selain Edin­son Cavani, pemain sayap Angel Di Maria dan Julian Draxler.

Di bahagian tengah adalah Marco Verratti serta Adrien Rabiot.

Mbappe dipinjam selama satu musim yang merupakan satu cara PSG berurusan de­ngan kehendak ‘Financial Fair Play’, namun apabila perpindahan tersebut menjadi tetap musim depan, kelab tersebut perlu membelanjakan 180 juta euro (RM912.15 juta) bagi mendapatkannya.

Harga tersebut sekali gus menyaksikan PSG memiliki dua pemain paling mahal di dunia, dengan Neymar yang dibeli dari Barcelona muncul pemain paling mahal bernilai 222 juta euro (RM1.12 bilion).

“Saya akan dikelilingi pemain terhebat. Saya perlu mempelajari segalanya dan cuba untuk membuktikan sesuatu,” kata Mbappe. – AGENSI