Giuly bermain untuk Barcelona pada 2004 hingga 2007 dan telah menyaksikan peningkatan dipamerkan oleh Messi sehingga menjadi pemain bintang.

Mbappe, 18 tahun yang menyertai Paris Saint-Germain dari Monaco pada musim ini dilihat berpotensi meraih pelbagai kecemerlangan berbanding Messi ketika zaman remajanya.

“Saya dapat lihat Mbappe lebih profesional berbanding Messi ketika usia sama tambahan pula pemain kebangsaan Perancis itu tahu untuk menggunakan badannya dengan baik.

“Sementara, Messi berdepan banyak masalah ketika zaman remajanya termasuk tahap kesihatan sehingga kadang-kala sukar buat dia meraih kecemerlangan manakala Kylian mempunyai kelebihan kerana lebih faham keadaan badan.

“Kelab tidak membenarkan dia (Messi) bermain selama dua tahun kerana terlalu ringan sebelum mula menyerlah ketika usia 17 tahun di Barcelona,” kata Giuly. - AGENSI