Dalam perlawanan itu, Mbappe dilayangkan kad merah manakala juara Ligue 1, PSG kalah mengejut menerusi penentuan sepakan penalti 5-6 kepada Rennes selepas perlawanan berkesudahan 2-2.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain menjatuhkan hukuman terhadap Mbappe, mereka juga membuka siasatan terhadap rakan sepasukannya, Neymar kerana menyerang penyokong ketika upacara penyampaian hadiah.

Mbappe, 20, menendang lutut pertahanan Rennes, Damien Da Silva ketika permainan hampir tamat.

Dia yang sudahpun terlepas satu perlawanan tidak akan beraksi menentang Nice esok dan Angers, minggu depan.

Neymar yang sudah digantung tiga perlawanan dalam Liga Juara-Juara kerana menghina pengadil masih menunggu bentuk hukuman yang mungkin dikenakan.

Kali ini, penyerang Brazil itu dilihat menolak seorang penyokong Rennes ketika menaiki tangga untuk menerima pingat sejurus selepas kekalahan pasukannya.

Video ringkas yang diambil oleh orang ramai menunjukkan, pemain itu terpaksa ditenteramkan oleh rakan-rakan sepasukan selepas dia dikatakan naik angin gara-gara penyokong berkenaan memberitahunya supaya ‘belajar bermain bola sepak’. - AFP