Ini dibuktikan apabila beliau sanggup menderma wang bonus kemenangan Perancis berjumlah 300,000 euro (RM1.42j) yang diperoleh setiap pemain negara itu hasil kejayaan muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini.

Penyerang yang berjaya menjaringkan empat gol kesemuanya pada edisi ke-21 itu termasuk satu pada aksi final menyerahkan wang tersebut kepada sebuah persatuan berkaitan keperluan perubatan untuk kanak-kanak.

Malah Mbappe dikatakan sudah berniat lebih awal membuat keputusan untuk menderma itu jika Perancis berjaya mara ke suku akhir lagi. - Agensi