Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, hanya satu kemenangan selepas lima perlawanan bukanlah pencapaian yang melegakan buat penyokong.

Menurutnya, prestasi yang kurang memuaskan skuad bimbingan Mehmed Durakovic disebabkan ketumpulan jentera serangan apabila hanya menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan liga.

“Sebenarnya saya masih belum puas hati dengan persembahan para pemain. Kita cuma memperoleh satu kemenangan dan saya dapati serangan masih lagi tumpul.

“Jadi saya bersama-sama pemain hari ini untuk menaikkan lagi semangat mereka supaya berlatih bersungguh-sunguh,” katanya semasa meninjau sesi latihan paskan Perak di Stadium Perak di sini hari ini.

Perak kini menduduki tangga ketujuh liga dengan enam mata apabila mencatat satu kemenangan dan tiga kali seri.

Ahmad Faizal berharap, para pemain menampilkan permainan yang lebih baik pada perlawanan berikutnya.

“Pastikan kita boleh buat lebih banyak kemenangan untuk para penyokong, teruskan menyokong pasukan kita,” katanya. - UTUSAN ONLINE