Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maut ditolak dari tempat duduk stadium

EMANUEL Balbo (tengah) maut selepas ditolak dari tempat duduk
EMANUEL Balbo (tengah) maut selepas ditolak dari tempat duduk stadium oleh sekumpulan penyokong Belgrano selepas dia dituduh menjadi salah seorang penyokong pasukan Talleres.

BUENOS AIRES 18 April - Seorang penyokong pasukan bola sepak Argentina meninggal dunia awal pagi tadi selepas mengalami kecederaan serius di kepala selepas ditolak dari tempat duduk stadium.

Dalam satu imej video, Emanuel Balbo, 22, penyokong Belgrano jatuh dari ketinggian lima meter di Stadium Belgrano selepas dia dituduh menjadi salah seorang penyokong pasukan lawan.

Dalam kejadian itu, dia dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang dituduh sebagai penyebab kepada kematian saudaranya dalam satu kes langgar lari pada 2012, kata bapa mangsa, Raul kepada televisyen.

Saksi berkata, lelaki itu bertindak balas dengan melaungkan Balbo adalah penyokong Talleres, musuh ketat pasukan Belgrano.

Ia menjadi punca kumpulan penyokong menyerang Balbo, sehingga mangsa ditolak daripada penghadang tempat duduk. Dia terlantar selama dua hari di hospital kerana cedera di kepala dan doktor mengesahkan otaknya sudah tidak berfungsi.-AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain