Ketajaman dan pengalaman luas Norshahrul,33, atau lebih dikenali Mat Yo sudah pasti ditagih dalam perlawanan pembukaan Piala Air Marine menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Jelasnya, Malaysia memerlukan barisan terkuat bagi memenuhi misi muncul juara, sekali gus memperbaiki ­ranking Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Mat Yo pagi ini sudah menjalani latihan bersama pasukan, sudah tentu saya berharap dia pulih dari demam panas.

“Dia sudah bersedia termasuk pemain-pemain yang dipanggil dalam pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan esok,” katanya dalam sidang media menjelang aksi bertemu Singapura, di sini hari ini.

Malaysia perlu melakar kemenangan ke atas Singapura untuk melangkah ke final Piala Air Marine dan lawan yang bakal menanti pasukan negara nanti di antara Oman dan Afghanistan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, berlangsung sebelah petang. - UTUSAN ONLINE