Karim Benzema meledak dua gol dalam saingan di laman sendiri untuk bangkit daripada ketinggalan selepas Marc Cardona membuka jaringan untuk Eibar pada minit ke-39.

Sekalipun menang, namun kritikan tetap tertumpu ke arah Bale, yang membarisi kesebelasan utama semula selepas dipinggirkan Zidane ketika Real tewas 1-2 kepada Valencia pada Rabu lalu.

Ketika ditanya adalah Bale akan bersama Real musim depan, Zidane berkata, dia akan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap situasi pemain tersebut.

“Kita tunggu, saya tidak akan memberitahu anda tentang apa yang akan berlaku.

“Gareth masih pemain Real Madrid, yang berbaki dua tahun lagi kontrak. Kami akan lihat, ia bukan masanya untuk bercakap mengenai perkara ini,” kata Zidane.- AFP