Layangan kad merah ke atas Martinez merupakan titik perubahan kepada keseluruhan perlawanan yang menyaksikan Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol kedua untuk memastikan kemenangan Real.

“Perincian kecil di dalam perlawanan menentukan keputusan perlawnaan.

“Kami gagal menyempurnakan penalti, kami bolos satu gol pada awal babak kedua permainan.

“Kami berjaya mengawal permainan tetapi kami tidak cukup efisyen.

“Kurang satu pemain menjadikan keadaan lebih sukar berbanding awal permainan,” kata pengendali Bayern, Carlo Ancelotti.-AGENSI