Martial telah memuat naik gambarnya dalam Instagram bersama tunangnya. Pemain itu turut menyertakan kapsyen pada gambar tersebut: ‘Saya mahu memohon maaf kepada saudara saya, keluarga saya, khususnya tuna­ngan saya di atas kecurangan yang saya lakukan beberapa bulan lalu! Saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf, ia tidak akan berlaku lagi!’.

Difahamkan Martial saling berbalas mesej dengan model Malika Semichi sewaktu Da Cruz mengandung lapan bulan selepas mereka bertemu di sebuah kelab malam dekat Perancis.

Menurut laporan Daily Star Sunday, Martial didakwa telah meniduri model berusia 20 tahun itu di sebuah hotel dekat Paris. Disember lalu, Martial pernah menafikan tuduhan curang yang dilemparkan terhadapnya menerusi media sosial. – AGENSI