Dimitri Payet menjadi perancang kepada kedua-dua gol tersebut untuk tuan rumah di Stadium Velodrome yang padat dipenuhi lebih 62,000 peminat yang menyaksikan gol pembukaan Thauvin yang diragui kerana didakwa mengenai tangan pemain itu.

Pemain antarabangsa Cameroon, Njie kemudian menjadikan kedudukan kepada 2-0 tidak sampai tiga minit selepas di bawa masuk daripada bangku simpanan dalam babak kedua permainan, yang sekali gus meletakkan Marseille berada di landasan tepat menjelang timbal balik kedua di Austria, minggu depan.

“Kami berjaya mencatat keputusan yang bagus. Kami mahukan kemenangan dan ia berjaya dilakukan. Mencipta kemenangan tanpa dibolosi merupakan satu idea yang baik.

“Kami tahu yang kami masih belum layak lagi. Kami akan ke sana untuk menjaringkan gol, sekurang-kurangnya satu lagi gol dan seterusnya melakar kemenangan. Kami perlu membuktikan bahawa kami memang berhak untuk menjejakkan kaki ke perlawanan akhir,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia. - AFP