Hukuman tersebut diputuskan oleh badan induk bola sepak Eropah selepas mendapati kesalahan yang dilakukan oleh bekas pemain Manchester United itu amat serius dan memalukan.

Itu bermakna Evra hanya boleh meneruskan kariernya dalam bola sepak UEFA pada 30 Jun 2018 dan kini pemain itu sudah tidak bernaung di bawah mana-mana kelab selepas turut disingkirkan oleh Marseille.

Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud berkata, keputusan itu amat sukar buat kelab namun terpaksa dilakukan kerana insiden tersebut amat memalukan.

“Kelab terpaksa mengambil tindakan ke atas Evra atas kelakuannya itu dan dia juga kini tiada kena mengena dengan Marseille.

“Kepada penyokong Marseille semua, kami memohon maaf ke atas apa yang telah berlaku.

“Diharap insiden yang telah berlaku itu menjadi pengajaran buat kami dan penyokong,” kata Henri Eyraud.

Insiden tersebut berlaku pada 3 November lalu sebelum sepak mula Liga Europa antara Marseille menentang kelab Portugal, Vitoria. - AGENSI