Bintang Brazil itu mengharungi saat mencabar apabila hanya tampil dalam 12 daripada 23 aksi La Liga musim ini.

Sergio Reguilon dilihat menjadi pilihan utama di posisi itu dengan pemain daripada akademi remaja Madrid itu sentiasa mendapat tempat dalam skuad kendalian Santiago Solari.

Walaupun sering dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, namun Marcelo tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab itu tetapi bersedia untuk berhijrah sekiranya tidak diperlukan.

“Sekiranya saya berada dalam senarai pemain yang ingin dilepaskan, mereka hanya perlu beritahu dan saya akan selesaikan.

“Saya yakin dengan kerja yang saya lakukan tetapi apabila sampai masanya Madrid mahu saya pergi, saya akan pergi. Memang sangat menyedihkan tetapi saya akan pergi tetapi saya pasti saya tidak akan disingkirkan,” kata pemain berusia 30 tahun itu.-AGENSI