Mane dibawa keluar pada minit terakhir permainan ketika Senegal melakar kemenangan 2-0 ke atas Cape Verde Islands dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada Sabtu lalu.

Liverpool berkata kecederaan yang dialaminya telah menyebabkan Mane diketepikan selama enam minggu bermula Sabtu ini di mana dia akan terlepas pertembungan dengan seteru utama, Manchester United dalam aksi liga di Anfield.

Mane menjaringkan tiga gol daripada lima penampilan liga pada musim ini dan baharu sahaja menamatkan tempoh penggantungan permainan. Dia dilayangkan kad merah ketika The Reds dibelasah 5-0 oleh Manchester United namun diletakkan dalam kesebelasan utama ketika terikat 1-1 menentang Newcastle sebelum rehat antarabangsa. - REUTERS