United yang diken­dalikan oleh Jose Mou­rinho akan berdepan Yeovil di barat daya buat kali kedua dalam tempoh empat musim.

Juara 12 kali itu pernah mengatasi kelab tersebut 2-0 dalam pusingan ketiga pada 2015.

Sementara itu, skuad bimbingan Mauricio Pochettino, Spurs akan bertandang ke selatan Wales untuk menentang Newport pada 26 Januari.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City pula akan bertemu kelab divisyen ketiga Mansfield jika pasukan yang bersaing dalam Liga Dua itu berjaya menumpaskan Cardiff dalam aksi timbal balik.

Sementara itu, dua pertembungan melibatkan kelab dari Liga Perdana adalah Liverpool menentang West Brom, manakala Southampton berdepan Watford.

Jika Chelsea dapat menundukkan Norwich dalam aksi ula­ngan, juara bertahan Liga Perdana itu akan bertemu Newcastle.

Nottingham Forest, yang membuat kejutan mengatasi juara bertahan Arsenal, akan melawat lawan mereka dalam divisyen dua Hull yang tewas di pentas akhir kepada skuad Gunners pada 2014.

Coventry, juara 1987 yang bersaing di divisyen keempat, akan menentang MK Dons yang berjaya menumpaskan kelab yang sedang bergelut di Liga Perdana, Stoke. – AGENSI