United menang dalam dua perlawanan pembukaan liga, setiap satunya dengan kemenangan 4-0 dalam aksi di tempat sendiri ke atas West Ham dan di Swansea.

Kini Mourinho semakin bersemangat apabila melihat pemain-pemain tonggak sudah boleh kembali beraksi setelah berehat panjang akibat kecederaan.

Malah dia lebih bersemangat apabila penyerang dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic kini sah menyertai semula kelab itu dengan kontrak setahun dan mungkin boleh beraksi sebelum hujung tahun ini apabila pulih daripada pembedahan lutut nanti.

 

Pemain pertahanan, Luke Shaw dan Marcos Rojo juga sudah cergas sepenuhnya bersama-sama pemain sayap, Ashley Young.

Ketika Ibrahimovic memerlukan beberapa bulan lagi untuk boleh kembali beraksi, Mourin­ho berharap Romelu Lukaku, pemain yang dibeli untuk menggantikan Ibrahimovic, diramal bakal meneruskan prestasi semasa­nya.

Pemain antarabangsa Belgium itu menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan awal liga, empat gol dalam tiga perlawanan termasuk jaringannya ketika kalah kepada Real Madrid dalam Piala Super Eropah.

Ibrahimovic percaya, walaupun kelab kehilangan ke­tua pasukan, Wayne Rooney, jentera serangan pasukan tetap berbisa dengan keupa­ya­an Marcus Rashford dan kehadiran Lukaku.

“Ya saya gembira dengan kehadirannya. Saya rasa kami lebih kuat musim ini walaupun kehilangan Rooney, seorang lagenda,” katanya. – AFP