Kemenangan dramatik itu sekali gus menangguhkan hajat City yang sudah bersedia meraikan kejuaraan Liga Inggeris jika menang perlawanan tersebut.

Gol United dijaringkan Paul Pogba pada minit ke 53, 55 dan Chris Smalling pada minit 69.

Gol City dijaringkan Vincent Kompany 25 dan I Gundogan minit ke 37.

Dalam perlawanan lain Liverpool sekadar seri tanpa jaringan menentang Everton, manakala Tottenham menewaskan Stoke City 2-1. - ÀGENS