Bagaimanapun United meletakkan syarat untuk membeli balik pemain antarabangsa Belgium dalam klausa perjanjian penjualan sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan semula khidmat bintang muda berusia 22 tahun itu.

Januzaj yang sebelum ini dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Sociedad dan akan diperkenalkan kepada media pada sesi latihannya esok. - REUTERS