Guardiola kecewa selepas pasukannya mendahului permainan di Gelsenkirchen namun City bolos menerusi dua penalti dengan kelab yang berada di kedudukan ke-14 Bundesliga sebelum Nicolas Otamendi dilayang kad merah menyebabkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu beraksi 10 pemain selama 22 minit.

“Kami masih bersedia untuk bertarung merebut tempat ke peringkat seterusnya, itu adalah realiti.

“Lawan memperoleh gol pertama menerusi penalti yang kami berikan, disusuli gol kedua mereka dengan cara yang sama kemudian hilang seorang pemain. Dalam Liga Juara-Juara, perkara seperti itu tidak bagus. Apabila ia berlaku di peringkat lain, perjuangan kami akan berakhir,” katanya.

Bagaimanapun, City masih memiliki bakat pemain secara individu dan nasib menyebelahi mereka apabila bangkit daripada ketinggalan dengan jaringan Leroy Sane dan Raheem

Sterling dan itu membuktikan skuad The Citizens kekal untuk mencipta sejarah dengan merangkul empat trofi pada musim ini.

Selain mempertahankan gelaran EPL atau menjuarai Piala FA selepas mereka memenangi Piala Liga pada bulan lalu, Liga Juara-Juara merupakan kejuaraan yang amat diidamkan oleh Guardiola. - AFP