Pengarah Urusannya Hiroshi Hamada berkata, selain itu beliau turut optimis skuad bimbingan Bojan Hodak itu mampu menggalas cabaran Malaysia seterusnya ke Piala Dunia bawah 20 tahun di Poland tahun hadapan.

“Sebagai penaja kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), saya melihat skuad B-19 negara berada di tahap terbaik untuk memberikan saingan kepada negara lain dalam saingan Piala AFC.

“Sememangnya harapan kita pada saingan ini amatlah tinggi iaitu untuk melayakan Malaysia ke saingan Piala Dunia B-20 di Poland tahun depan.

“Yakult pernah membawa pasukan ini beraksi dalam Piala Sanix di Jepun pada April lepas dan saya yakin menerusi mutu permainan yang dipamerkan sebelum ini, mereka dapat memberikan aksi yang terbaik nanti selepas mencatat sejarah memenangi Kejohanan AFF sebelum ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, penglibatan Yakult dalam arena sukan bukanlah perkara yang asing.

Yakult telah menjadi penaja rasmi bagi FAM dan Institut Sukan Negara (ISN), yang mana minuman Yakult telah diiktiraf sebagai minuman rasmi FAM serta juga ISN.

Setiap botol Yakult yang terjual akan disumbangkan satu sen kepada pembangunan bola sepak negara. - UTUSAN ONLINE