Badan bola sepak Asia itu dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka berkata, perlawanan pusingan akhir kelayakan Kumpulan B itu akan diadakan di Pyongyang selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan perjalanan terhadap rakyatnya untuk ke Korea Utara.

Isu mengenai venue perlawanan sebelum ini timbul susulan ketegangan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara hingga menyebabkan perlawanan kedua-dua negara yang awalnya dijadual pada 28 Mac lalu, ditunda kepada 8 Jun. - UTUSAN ONLINE