Malaysia meraih peluang terbaik untuk memecah kebuntuan pada minit ke-38 selepas diberikan sepakan bebas namun percubaan Nik Akif Syahiran Nik Mat melewati palang.

Thailand kemudian mengatur gerakan cantik dan hampir menembusi gawang Malaysia tiga minit kemudian namun percubaan Yuthapichai Lertlum hasil hantaran Peerapat Kaminthong sedikit tersasar.

Separuh masa kedua menyaksikan Thailand berjaya meraih dua gol dalam tempoh tiga minit bermula dengan jaringan Eakkanit Punya pada minit ke-48 yang menanduk masuk hantaran Naravit Kaosantia.

Kapten Kritsada Kaman meledak gol kedua pada minit ke-51 selepas menanduk ma­suk sepakan bebas Jaturapat Sattham bagi memastikan kemenangan Thailand.

Ketika perlawanan rancak berlangsung, Thailand terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Wudtichai Kumkeam dilayangkan kad merah pada minit ke-69.

Malaysia bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan yang dimiliki, termasuk mempersiakan sepakan penalti pada masa kecederaan apabila sepakan lemah Muhammad Zafuan Azeman tepat ke dakapan Kantaphat Manpati.