Malaysia yang telah layak secara automatik selaku tuan rumah pada kejohanan yang akan berlangsung pada September 2018 itu, sebelum memenangi dua perlawanan pertamanya untuk mengutip enam mata.

Skuad B-16 Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dibimbing Lim Teong Kim sebelum ini meraih kemenangan 6-1 ke atas Singapura, Rabu lalu sebelum terus membelasah Guam 14-1, Jumaat lalu.

Dalam aksi di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, Jepun mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama menerusi jaringan Yuji Yoshida pada minit ke-23 dan Keita Ueda, minit ke-27.

Memasuki babak kedua, Keita Nakano mengukuhkan kedudukan Jepun dengan menambah gol ketiga pada minit ke-49, diikuti jaringan Yusuke Aoki di minit ke-73.

Jepun mengungguli Kumpulan J dengan mengutip sembilan mata maksimum selepas memenangi semua tiga perlawanan mereka. Mengikut format kejohanan dua pasukan teratas peringkat kumpulan layak secara merit. - UTUSAN ONLINE