Keputusan tersebut membolehkan Chelsea yang meraih kemenangan 3-0 ke atas Southampton berkongsi 20 mata dengan pendahulu City manakala Liverpool berada di tangga ketiga juga dengan jumlah mata sama selepas lapan perlawanan berlangsung.

Ini bermakna peluang untuk Chelsea berada di tangga teratas liga lebih terbuka andai berjaya mengekalkan prestasi konsisten.

Dalam perlawanan tersebut City dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-86 selepas pemain tuan rumah Virgil van Dijk melakukan kesilapan di dalam kawasan kotak.

Peluang keemasan City untuk mendapatkan gol kemenangan menerusi penalti itu gagal dimanfaatkan dengan baik oleh Mahrez apabila rembatan menerusi kaki kirinya menyebabkan bola naik tinggi daripada gawang. - AGENSI