Madrid sekali lagi beraksi di bawah tahap sebenar mereka dan kini mereka ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Barcelona dengan jurulatih baharu, Zinedine Zidane berjaya memberi tiga kemenangan sebelum tewas dan seri sekali.

Leganes berada di depan menerusi jaringan Jonathan Silva sebelum Karim Benzema meledak gol ke-26 peribadi sepanjang musim ini sekali gus menyamakan kedudukan.

“Kami kelihatan seperti diak mempunyai keyakinan. Kami perlu berusaha lebih,” kata Zidane.

Madrid berada di tempat ketiga dengan 61 mata selepas ketinggalan empat mata di belakang Atletico Madrid di tempat kedua. - AFP