Casemiro meletakkan juara bertahan Liga Juara-Juara itu di depan pada minit ke-24, sebelum Isco menggandakan kelebihan tujuh minit bermula babak kedua menerusi gerakan satu dua bersama Gareth Bale.

Pemain baharu skuad Red Devils Romelu Lukaku merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-62, sekali gus menandakan penampilan kompetitif pertamanya bersama kelab tersebut.

Pemain prolifik Madrid, Cristiano Ronaldo bagaimanapun tampil sebagai pemain gantian pada lewat permainan, selepas rakan sepasukannya mengalahkan United.

Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan dengan skuad Zinedine Zidane meraih trofi tersebut buat kali kedua berturut-turut, dan empat kali secara keseluruhan.

Kelab gergasi Sepanyol itu telah memenangi Piala Super sebanyak lapan kali dalam tempoh sembilan tahun.- AGENSI