LUQMAN HAKIM
LUQMAN HAKIM 

Penyerang kelahiran Kelantan itu mengakui, memenangi Kasut Emas kini menjadi sasarannya, namun yang lebih pen­ting adalah membawa Malaysia layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru, tahun depan.

Luqman, 16, yang memainkan peranan besar ketika membantu Malaysia membenam Tajikistan 6-2 dalam perlawanan sulung Kumpulan A, semalam, sekali lagi menjadi sandaran apabila turun bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

“Ini kali pertama saya menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan dan kejayaan ini pasti menaikkan semangat saya untuk memburu kemenangan.

“Sudah tentu saya mahu Kasut Emas, namun membantu Malaysia layak ke Piala Dunia B-17 adalah sasaran utama.

“Saya belum puas hati de­ngan pencapaian empat gol. Saya perlu bekerja lebih keras dan beri segala-galanya untuk membantu pasukan memenuhi impian Piala Dunia,” katanya.

Hanya empat daripada 16 negara terbaik Kejohanan B-16 layak ke Piala Dunia B-17.