Pengurus pasukan, Li Xiaopeng berkata, dia akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan kemenangan diraih di Larkin.

“Perlawanan esok penting bagi menentukan sama ada kami melepasi peringkat kumpulan atau tidak.

“JDT bagaimanapun bukan lawan mudah kerana mereka memiliki karakter tersendiri, malah bijak mengatur gerakan serta menguasai permainan.

“Kami akan bermain cara sendiri untuk mencari keputusan positif,” ujarnya.

Sementara itu, bintang penyerang Luneng, Grazziano Pelle yang sudah meledak lima gol setakat ini bertekad membantu pasukannya mengutip tiga mata.

“Faktor cuaca tidak akan menjejaskan kami kerana pemain sudah biasa dengan keadaan begini.

“Kami sedar amat penting dan matlamat kami adalah mahu layak ke pusingan seterusnya.

“Harap saya dapat membantu pasukan mencari kemenangan,” katanya. - UTUSAN ONLINE