Laporan media di Britain melaporkan, Liverpool menerima tawaran sebanyak 5 juta pound (RM27.9 juta) untuk mendapatkan pemain tersebut.

Lucas adalah pemain paling lama berkhidmat bersama The Reds ketika ini iaitu selama 10 tahun tetapi diketepikan daripada skuad pada aksi persahabatan ketika bertemu Wigan Athletic, Jumaat lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu berada dalam kesebelasan utama dalam 19 perlawanan musim lalu dan membuat 346 penampilan secara keseluruhannya - 247 dalam saingan Liga Perdana Inggeris - sejak tiba daripada Gremio pada 2007. - REUTERS