Pegawai kanan Anfield telah menafikan laporan dari Sepa­nyol, yang mengatakan skuad Reds terlibat dalam rundingan dengan delegasi Barcelona yang terbang ke United Kingdom hari ini.

Liverpool menegaskan tiada rundingan dibuat kerana pendirian mereka tetap tidak berubah, yang mana Coutinho tidak akan dijual pada berapa harga sekali pun ketika tempoh perpindahan sekarang.

Coutinho dilaporkan kembali ke Melwood seperti yang dirancang hari ini, selepas Jurgen Klopp memberikan anak-anak buahnya masa rehat dua hari susulan kemenangan 3-1 ke atas Athletic Bilbao pada Sabtu lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak berlatih dengan rakan sepasukannya kerana perlu menjalani rawatan ke atas bahagian belakang yang menyebabkan dia terpaksa digugurkan daripada perlawanan persahabatan di Du­blin.

Countinho tidak menimbulkan sebarang masalah disiplin, sebaliknya komited sepenuhnya terhadap latihan semasa pramusim sehingga menyinar ketika Liverpool menumpaskan Hertha Berlin dan Bayern Munich.

Bagaimanapun, dia diketepikan selepas mengalami kecede­raan belakang sehingga diketepikan dalam kempen Piala Audi minggu lepas.

Menurut liverpoolecho.co.uk, mereka faham Coutinho akan mengambil peluang untuk menyertai Barcelona jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelab.

Bagaimanapun, jawapan telah tersedia iaitu Kloop bertegas bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku. – AGENSI