Pada aksi pertama timbal balik pusingan kedua kalah mati di Anfield awal pagi tadi itu, kelab England itu dikecewakan oleh permainan penuh berdisiplin pasukan pelawat yang bakal menunggu pula kunjungan Liverpool di Allianz Arena pada 14 Mac ini.

Namun Klopp berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anak buahnya apabila bertandang ke Jerman nanti.

“Yang positifnya, keputusan hari ini ok. Seri adalah yang terbaik kami boleh dapat. Sudah tentu kami boleh bermain lebih baik lagi. Kami akan pastikannya. Segalanya boleh dikatakan belum berakhir.

“Asas itu (untuk menang) sudah ada dan kami akan gunakan untuk aksi kedua nanti. Kami akan berusaha ke arah itu, ” tegas pengendali dari Jerman itu. - AFP