Pemain sayap berusia 22 tahun itu menghabiskan kariernya di Anfiled sebelum dipinjamkan kepada Crewe, Hull City dan Derby County.

Difahamkan The Reds bakal meletakkan tanda harga sehingga 25 juta pound (RM132 juta) kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan pemain itu.

Begitu pun, harga yang diletakkan itu disifatkan murah memandangkan Wilson mempamerkan aksi memberangsangkan pada musim ini bersama Derby apabila meledak 18 gol selain mencipta enam gerakan gol dalam 48 penampilan. - AGENSI