Sudahpun terlepas mengucup trofi Liga Perdana Inggeris musim ini, Klopp bagaimanapun memilki peluang untuk memenangi gelaran pertamanya bersama Reds dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Pengendali kelahiran Jerman itu dijangka berbelanja besar bagi menguatkan barisannya dalam jendela perpindahan pada musim panas ini, namun mereka memerlukan duit lebih untuk melaksanakan tugas tesebut.

Menerusi Liverpool Echo, Klopp dilaporkan sedia menjual beberapa pemainnya pada musim panas ini dan hasil jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung bajet.

Penjaga gol Simon Mignolet, pertahanan Nathaniel Clyne dan pemain tengah Rafael Camacho merupakan antara nama yang dilaporkan sedia dijual selepas sukar mendapat tempat di barisan utama.

Mignolet menjadi penjaga gol kedua selepas Alisson sepanjang musim ini dan dilihat sedia untuk berhijrah, dengan ejennya memaklumkan terdapat kelab dari Turki mahu mendapatkannya dan nilainya sekitar 4.5 juta (RM24 juta).

Clyne meluangkan masa secara pinjaman ke Bournemouth musim lalu, manakala Camacho terus dikaitkan perpindahan mengejut ke Real Madrid.

Marko Grujic, Harry Wilson dan Ryan Kent juga dikatakan akan meninggalkan Merseyside musim panas ini, namun ada diantaranya boleh dipinjamkan.

Grujic dikaitkan ke Hertha Berlin atau Atletico Madrid, manakala Wilson dan Kent kedua-duanya berada dalam radar Leeds sejak beberapa minggu lalu.- AGENSI